CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 8, 2008

Taqwa

Allah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah kamu yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)

Takwa menurut bahasa bermaksud takut atau memelihara. Ada pun pada istilah terdapat takrifan yang diberi oleh ulama, antaranya:

Saidina Ali berkata: "Taqwa adalah takut kepada Tuhan al-Jalil, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, reda dengan sedikit dan bersedia untuk hari akhirat. "

Al-Nasr Abazi berkata:" Takwa adalah apabila seseorang memelihara selain daripada Allah. "

Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari berkata: "Takwa menjauhkan apa yang menjauhkan kamu daripada Allah. "

Zu al-Nun al-Misri berkata: "Orang yang bertakwa ialah siapa yang tidak mengotorkan zahirnya dengan sebarang pertentangan dan batinnya dengan sebarang alamat sedangkan dia berdiri bersama Allah dengan penuh kesepakatan."

Ibn ‘Ataillah berkata: "Bagi takwa zahir dan batin, zahirnya dengan menjaga had dan batasan dan batinnya dengan niat dan ikhlas. "

Talq bin Habib berkata: "Takwa ialah amal dengan ketaatan kepada Allah atas cahaya Allah. "

Abu Hafs berkata:" Takwa adalah pada perkara halal semata-mata dan bukan yang lain. "

Abu al-Husein al-Zanjani berkata:" Siapa yang modal hartanya takwa, nescaya beratlah segala lidah daripada mensifatkan baunya. "

Al-Wasiti berkata: "Takwa ialah seseorang yang memelihara daripada takwanya, iaitu daripada melihat ketakwaannya. "

Seterusnya dibincangkan faktor yang mencapai ketakwaan. Dr. ‘Aid al-Qarni berkata, terdapat dua faktor dalam meraih ketakwaan:

Pertama, merasakan pengawasan daripada Allah Zat yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.

Kedua, melaksanakan ibadah-ibadah wajib dan segala bentuk ketaatan.


taqwa is islamic concept.
that remind us to do what our god ask to do and to stay away from d things that our God dont allow us to do..or for the simplest word..takwa is awareness of God along our life till we die. Taqwa also means..to pursue the path of God with single minded,energetic devotion.

0 comments: