CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 19, 2008

Bingkisan iman..

Agama...iman adalah sesuatu yg teramat mahal
yang diberi kepada hamba yg dipilih-Nya
perlu dijaga,perlu diperbaharui
dalam suasana zaman yg mencapai akhirnya.

Kita perlu pada agama,perlu kepada iman.
berusaha dan mengharap pada Allah
dalam mencapai tahap iman
..yang dikehendaki-Nya.

terlihat iman itu dalam lima cabang agama.
iman niat,ibadah,muamalah,muasyarah,akhlakiyah.
sempurnanya kehidupan seorang hamba.
bilamana kesempurnaan agama
ada dalam kehidupannya.

ikhlas..rahsia Allah..
ikhlas..mencegah pada yang haram.
ikhlas..bebas dari segala sesuatu yg mensyarikatkan Allah..
hanyalah pada Allah..hakikat ikhlas itu.

Kenapa perlu berdusta dalam amalan?
Kenapa perlu berdusta dalam percakapan?
Kenapa perlu berdusta dalam pergaulan?
Kenapa perlu berdusta?
...kerana tiada gunanya dusta dalam
penyembahanmu pada Rabb mu.
Allah,Tuhan yang mengetahui segala sesuatu.
hatta yg terlintas cuma di hatimu.

Capai lah iman yang dikehendaki Allah SWT.
Hidup lah dengan kehidupan yang diredhai Allah SWT.
Melalui petunjuk yang dikurnia Nya..
Al Quran dan As Sunnah..

Capai iman itu..
Capai iman itu..
Capai iman itu..

Kerana tak mungkin kita mampu menahan azab neraka Nya.
yang teramat..amat...amat..amat..dahsyat..
tak mampu ku gambarkannya,sahabat ku.

..dan tak mungkin kita mampu menahan..
untuk menatap wajah murka Nya...TAK MUNGKIN
jauhkan Ya Allah.

Kerana tergambar dalam hadith..
seorang pejuang yg syahid dicampakkan ke neraka..
seorang yg alim dicampak ke neraka.
seorang yang dermawan dicampakan ke neraka.
Lantaran tersamping alasannya utk keduniaan..
kerana nama, pangkat,kedudukan..

Apa gunanya lagi?
Kehidupan yang sia2.

capai iman ..
bentuk kehidupan ..
yang dikehendaki Rabb..

Agar nanti..
dihisab amalan kita..

"Hanya pada Mu,Ya Allah"
...dan terlihat wajah redha Nya.. Allah.
Amiin Ya Allah.

0 comments: